1

1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.