104

1 Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
2 Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
3 Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
4 Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
5 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
6 (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya);
7 Yang naik menjulang ke hati;
8 Sesungguhnnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9 (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.