99

1 Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2 Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3 Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
4 Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
5 Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6 Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7 Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8 Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!